ECB Semakin Tertekan Dengan Inflasi Zon Eropah Yang Lemah!

372

Inflasi zon Eropah didapati lebih lemah berbanding daripada data yang dilaporkan pada bulan Julai. Hal ini telah menambahkan lagi tekanan ke atas penggubal dasar bank pusat Eropah (ECB) untuk mempertimbangkan lebih banyak rangsangan pada bulan September.

Eurostat( Jabatan Perangkaan Eropah) telah memperbaharui jangkaan inflasi pada bulan Julai dairpada 1.1% kepada 1%. Ini merupakan kali kedua data inflasi diperbaharui.

Laporan ini menambahkan lagi tekanan kepada pentadbiran agar mengambil langkah berani bagi mengembalikan kembali momentum ekonomi zon Eropah. Kekhuatiran terhadap pertumbuhan ekonomi global akan berhadapan kegawatan masih menjadi isu dimana ekonomi Jerman telah mengecut pada suku kedua dan pertumbuhan ekonomi 19 negara lain hanya bertumbuh pada 0.2%.

ECB dijangka akan mengumumkan ukuran terkini untuk zon eropah pada perjumpaan penggubal polisi pada 12 September. Pakar ekonomi menjangkakan, potongan pada kadar deposit.

Olli Rehn yang merupakan Gabenor Bank of Finlad mengatakan ECB harus tampil dengan solusi pakej rangsangan yang lebih berkesan dan signifikan pada perjumpaan mesyuarat akan datang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat