ECB Tekad Tingkatkan Gerak Kerja Pada 2024! Keperluan Modal 20 Perbankan Ditingkatkan

106

Pada hari Selasa, Bank Pusat Eropah (ECB) mengumumkan bahawa pihak mereka telah mengambil keputusan untuk meningkatkan rizab modal bagi 20 bank setelah menilai bank-bank tersebut tidak menyisihkan cukup tunai untuk menampung pinjaman yang tidak dibayar. Perkara ini menjadi kebimbangan utama selepas kos pinjaman meningkat dengan ketara.

Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha ECB, yang akan berterusan ke tahun hadapan . Ini bagi memastikan bank-bank bersedia untuk berhadapan kelewatan pembayaran dan kecairan yang lebih ketat selepas kenaikan kadar faedah. Dalam penilaian tahunannya terhadap sektor perbankan zon Eropah, ECB berkata ia telah memberikan tambahan modal kepada 20 bank besar bagi menampung pinjaman yang tidak baik.

ECB juga disisi lain menganakan yuran modal kepada lapan bank berkenaan. Selain itu, ECB juga memberikan keperluan modal tambahan kepada enam bank, dan memberi “panduan” kepada tujuh buah bank lagi.

“Kami akan memberi tumpuan kepada kelemahan yang berterusan, dalam pengurusan risiko, tadbir urus dan kawalan dalaman,” kata ketua penyelia utama, Andrea Enria.

Pada tahun 2024, ECB akan menumpukan perhatiannya kepada risiko kredit dan likuiditi.

“Persekitaran kadar faedah yang lebih tinggi dijangka akan meningkatkan volatiliti beberapa sumber pendanaan dan kos pendanaan bank dalam jangka sederhana, ketika jumlah yang besar pembiayaan bank pusat akan digantikan,” kata ECB.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat