Eh, EUR/USD Beri Isyarat Untuk Trend Bullish Ke?

495

Sentimen pasaran yang berisiko pada awal minggu dilihat sedikit mereda pada dagangan Selasa semalam selepas Ukraine mengesahkan zon bebas perang sementara yang pertama untuk membenarkan pemindahan rakyatnya dari Sumy dan Mariupol.

UN melaporkan jumlah keseluruhan pelarian setakat ini meningkat sehingga angka 2 juta.

Menambahkan lagi keredaan situasi perang, Ukraine dilaporkan tidak lagi berhasrat untuk menyertai NATO seperti mana yang ditentang oleh Rusia sebelum ini dan turut menjadi punca peperangan tercetus tempoh hari.

Justeru, dagangan Selasa semalam menyaksikan US dolar kembali bergerak lemah semula menyangkal jangkaan pelabur untuk melihat raja mata wang tersebut mengukuh selepas laporan pekerjaan NFP yang memberangsangkan minggu lalu.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga yang turun hampir menyentuh paras 1.0800 pada Isnin lalu kembali meningkat semula pantul dari zon support tersebut.

Sehingga sesi New York pada Selasa semalam, harga telah meningkat ke paras sekitar 1.09500 dan memberi isyarat awal untuk perubahan trend bullish selepas melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Kenaikan harga jika diteruskan dilihat akan menguji paras 1.1000 sebagai rintangan awal sebelum meneruskan pergerakan trend bullish yang lebih jelas.

Kenaikan harga seterusnya akan kembali menguji zon SBR (support become resistance) 1.11300 sebelum menuju pula ke paras tumpuan 1.12000.

Sebaliknya jika harga menyambung kembali trend bearish selepas membuat pembetulan harga, paras support 1.0800 dijangka untuk harga tembusi untuk mencatatkan paras terendah terbaru lagi minggu ini.

Penurunan lebih rendah akan menjadikan paras sekitar 1.0700 sebagai sasaran awal untuk pelabur menilai reaksi harga sama ada trend penurunan bakal diteruskan atau sebaliknya.

Pelabur akan berhati-hati juga untuk pergerakan Euro menjelang mesyuarat polisi bank pusat Eropah (ECB) pada Khamis.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat