Eh Ingatkan Dah Selesai? Krisis Geopolitik Kembali Goncang Saham

448

Berita yang disampaikan oleh NATO dan Amerika Syarikat (AS) mengenai Rusia kembali menambah tenteranya di Ukraine menyebabkan minyak serta emas mencanak semula.

Selain itu, nada kurang hawkish oleh Federal Reserve (Fed) yang diterjemahkan dalam minit mesyuarat FOMC awal pagi tadi menyebabkan pasaran Wall Street ditutup mendatar.

Saham Mengundur Dari Wilayah ‘Hijau’

Ahli strategi portfolio kanan Ingalls & Snyder, Tim Ghriskey, berpendapat bahawa bacaan minit mesyuarat Fed kedengaran kurang hawkish, kurang agresif mengenai kenaikan kadar dan sedikit cenderung kepada dovish.

Indeks purata Dow Jones Industrial turun 0.16%, S&P 500 naik 0.09% dan Nasdaq Composite jatuh 0.11%.

Tolok saham MSCI seluruh dunia mencatat keuntungan 0.32% sementara indeks pasaran naik 1.23%.

Berita krisis Rusia-Ukraine yang kembali menjadi kebimbangan menyebabkan indeks STOXX 600 pan-Eropah mengurangkan keuntungan pada 0.04%.

Hasil perbendaharaan AS dan bon kerajaan zon Eropah memanjangkan penurunan, dengan nota hasil perbendaharaan 10 tahun turun 0.5 mata asas pada 2.040% sementara hasil perbendaharaan 2 tahun jatuh 3.4 mata asas pada 1.535%.

Indeks dolar susut 0.215% manakala Euro naik 0.18% pada $1.1376.

Krisis Geopolitik lonjakkan komoditi

Menurut laporan, NATO berasa ragu dengan keinginan Rusia untuk mengadakan perbincangan dengan mendakwa Rusia menambah tenteranya di wilayah Timur-Barat Ukraine.

Ekoran daripada itu, Setiausaha Negara AS, Antony Blinken menyatakan tinjauan kenaikan harga emas serta minyak.

Niaga hadapan minyak mentah AS naik $1.59 pada $93.66 setong sementara minyak Brent tambah $1.53 pada $94.81 setong.

Spot emas lonjak 0.8% pada $1,867.51 sementara niaga hadapan emas susut 0.8% pada $1,871.50.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat