Eh, Kenapa EUR/USD Patah Balik Turun Semula?

370

Trend pergerakan mata wang US dolar kembali berubah pada Rabu semalam dengan memaparkan pengukuhan semula berbanding prestasi lemah sejak pembukaan awal minggu lalu.

Penganalisis melihat pergerakan tersebut juga dilihat tidak selari dengan bacaan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang terbaru diterbitkan suram.

Pertambahan pekerjaan sektor swasta AS adalah lebih rendah berbanding angka ramalan, mengunjurkan bacaan yang lemah juga laporan pekerjaan NFP pada penghujung minggu.

Sementara data tinjauan ISM sektor perkhidmatan AS catat angka yang menurun, namun masih berada di atas paras 50.0 mata.

Selain berwaspada menjelang terbitan laporan NFP, penganalisis berpandangan kesan pengukuhan semula US dolar didorong oleh petunjuk kemelesetan yang semakin tinggi berdasarkan pasaran bon dan saham, sedikit meningkatkan tarikan terhadap US dolar sebagai safe-haven.

Namun, US dolar dijangka pada bila-bila masa sahaja boleh menunjukkan reaksi pergerakan lemah semula.

Menilai pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga yang berlegar di paras ketinggian 1.09700 mula pamerkan penurunan semula di sesi New York semalam.

Penurunan harga telah menghampiri 1.08900 dan mencetuskan isyarat awal bagi pergerakan bearish setelah mula berada di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut.

Jika penurunan lebih rendah berlaku hari ini (Khamis), harga boleh mencecah semula ke zon sokongan harga sebelum ini pada 1.08000.

Tembus lebih rendah akan memacu harga turun menuju paras 1.07000 pula atau paras tumpuan seterusnya pada 1.06000.

Sebaliknya, jika US dolar kembali melemah, harga akan meneruskan semula pendakian untuk menuju sasaran 1.1000 yang dijangka akan menjadi zon rintangan terbaru.

Dan tidak mustahil untuk berlaku lonjakan lebih tinggi mengatasi zon tersebut untuk harga catatkan paras tertinggi terbaru 12 bulan.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat