Eh! Parlimen Pun Kena Hacked, Biar Betul?

390

Parlimen Norway mendedahkan hari ini bahawa mereka telah menjadi sasaran serangan siber yang membolehkan penggodam mengakses e-mel beberapa penggubal undang-undang.

Walau bagaimanapun, identiti penggodam masih belum dikesan.

Berikutan dengan penggodaman itu, telah berlaku gangguan dalam akaun e-mel beberapa anggota Parlimen dan para kakitangan. Selain itu, analisis mereka menunjukkan bahawa pelbagai data telah dimuat turun.

Pada hari ini, laman web Storting, telah pun berfungsi seperti biasa.

Pengarah pentadbiran parlimen, Marianne Andreassen mengatakan bahawa institusi itu telah mengesan aktiviti berkenaan lebih dari seminggu yang lalu dan mengambil langkah yang efektif bagi menanganinya serta mengemukakan laporan polis.

Dalam penilaian ancaman tahunannya yang diterbitkan pada bulan Februari, PST iaitu perkhidmatan perisikan domestik telah mengemukakan amaran berkenaan “operasi rangkaian komputer” yang akan mengakibatkan ancaman berterusan dan dalam tempoh jangka panjang terhadap Norway.

Operasi tidak bermoral itu boleh menyebabkan kerosakan serius pada syarikat dan infrastruktur Norway serta maklumat penting dan sulit boleh dicuri atau dimanipulasi manakala infrastruktur penting bakal terganggu atau dimusnahkan.

Sebelum ini, pada tahun 2018, Norway telah menahan seorang warga Rusia yang disyaki mengumpulkan maklumat di rangkaian internet parlimen, tetapi membebaskannya beberapa minggu kemudian kerana kekurangan bukti.

Bukan itu sahaja! Bursa saham New Zealand turut mendedahkan bahawa mereka juga mengalami nasib yang sama menjadi sasaran serangan siber dari luar negara sejak kebelakangan ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat