Eh! Sentimen Pasaran Dah Kembali Risk-On?

422

Kebangkitan semula dalam pasaran saham AS telah mendorong penurunan bagi matawang US dolar dari paras ketinggian dua bulan yang dicapainya pada sesi dagangan Isnin.

Walau bagaimanapun, tanda-tanda perlambatan dalam pemulihan berikutan peningkatan berterusan kes Covid-19 di beberapa negara dan ketidakpastian politik Amerika Syarikat tetap membuatkan pelabur sentiasa berhati-hati.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding matawang utama diperdagangkan susut pada 94.22.

Matawang utama meraih keuntungan susulan daripada kemerosotan US dolar dengan mempamerkan peningkatan lebih tinggi pada sesi New York. Namun begitu, matawang utama mula kehilangan momentum dengan memaparkan sedikit penyusutan pada sesi Asia hari ini.

Pound sterling melonjak lebih tinggi setelah disokong oleh keyakinan bahawa Kesatuan Eropah (EU) dan UK boleh mencapai perjanjian perdagangan Brexit sebelum tarikh akhir pada 15 Oktober.

Pasangan matawang pound berbanding USD telah mencatatkan peningkatan sekitar 170 pips sehingga mencecah paras harga 1.29000 ketika sesi Eropah sebelum susut sedikit untuk diniagakan di sekitar 1.2850 pada sesi Asia.

Sementara matawang euro pula gagal menguat lebih tinggi setelah Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) Presiden Christine Lagarde menyatakan mengenai perbezaan pendapat dikalangan pembuat dasar, sekali gus menimbulkan kebimbangan pelabur bahawa ia akan memberi kesan terhadap tindak balas dasar pada masa akan datang.

Bagi matawang Asia, dolar Aussie dan dolar kiwi turut mempamerkan kenaikan. Peningkatan dolar Aussie telah disokong oleh laporan daripada Westpac yang menarik semula unjuran bahawa bank pusat Australia akan menurunkan kadar faedah pada mesyuarat polisi Oktober.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat