Ekonomi Catalonia Antara Pesaing Rapat Madrid di Sepanyol

118

Sebelum melihat kenyataan para penganalisis, ada beberapa fakta yang harus difahami terlebih dahulu.

Pertama, Catalonia adalah salah satu daerah terkaya di Sepanyol; menyumbang hampir 20% pertumbuhan ekonomi (GDP) Sepanyol berbanding dengan 17.6% dari Madrid. Walaupun berpisah dengan Sepanyol, ekonomi wilayah Catalonia adalah daerah industri dan kewangan dengan GDP per kapita sebesar €27,000 ($30.000), sedikit dibelakang Madrid (€31,000), The Basque Country (€30,000) dan Navarre (€28,000).

Kedua, Catalonia merupaka sebuah daerah yang teridiri daripada beberapa firma besar seperti Caixabank, pengeluar pakaian Mango, pengeluar automotif SEAT dan kelab bola sepak FC Barcelona. Terdapat juga firma luar negara yang beroperasi di Catalonia dan mengedalikan perniagaan mereka ke suluruh pelusuk Sepanyol.

Ketiga, latar belakang sejarah Catalonia yang panjang bermula dari awal abad ke-1 sehinggalah abad ke-12 merupakan faktor peristiwa ini masih berlangsung.

Keempat,  perbezaan budaya dan bahasa lisan yang digunakan antara Catalonia dan Sepanyol. Hal ini menyebabkan berlakunya pergeseran budaya dalam Catalonia yang akhirnya membuatkan masyarakat Catalonia merasa mereka disisihkan.

Sebagaimana yang dikatakan oleh Dr Stewart King, pensyarah Senior di Monash Universiti yang mengkhusus tentang Sepanyol dan Catalan, ” Punca menyebabkan Catalonia mahu merdeka berkisar kepada 2 faktor iaitu faktor kewangan dan faktor budaya. Keduanya saling berkaitan.”

 

Artikel ini sambungan daripada artikel asal di sini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat