Ekonomi China Mungkin Tidak Akan Pulih Dengan Cepat, Ini Sebabnya!

224

Penganalisis meramalkan ekonomi China tidak akan pulih dengan cepat daripada gelombang wabak Covid-19 yang terbaharu.

Apabila wabak pertama kali melanda pada 2020, China bangkit daripada penguncupan suku pertama untuk berkembang pada suku kedua. Tahun ini, negara telah berdepan dengan varian Omicron, menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang lebih lemah dan kurangnya bantuan rangsangan oleh kerajaan.

Gelombang baru Covid-19 bermula Mac telah menyebabkan penutupan di hub kewangan dan pusat perdagangan terbesar Shanghai dan kira-kira seminggu lalu bandar itu mengumumkan rancangan untuk membuka semula sekatan sepenuhnya pada Jun.

Bagaimanapun, penganalisis melihat jalan menuju pemulihan mungkin akan perlahan dan bergelora disebabkan polisi sifar Covid-19 dan Beijing mula mencatatkan angka kes jangkitan yang tinggi.

Kesan paling ketara yang dilihat daripada kebangkitan semula wabak ini adalah mengganggu jadual penggubalan dasar biasa kerana ia muncul selepas kerajaan pusat mengeluarkan rancangan ekonomi tahunannya pada mesyuarat parlimen pada Mac.

Dalam ekonomi China yang diurus dengan baik, mesyuarat tahunan ini merupakan bahagian penting dalam kitaran untuk membangun dan melaksanakan dasar negara.

Sementara itu, pemulihan ekonomi juga mungkin perlahan berikutan kekurangan rangsangan dari kerajaaan. Walaupun hampir dua bulan selepas Shanghai menjalani penutupan ketat, tetapi hingga kini hanya separuh rangsangan dilaksanakan kerajaan berbanding tahun 2020.

Sekiranya pemulihan China terbukti perlahan seperti diramalkan penganalisis, jelas bahawa ia bukanlah positif untuk ekonomi global.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat