Ekonomi Malaysia Bakal Mengalami Masalah Twin-Defisit: Adakah Kita Bersedia?

3,514

61 tahun selepas merdeka, kita masih bergantung pada komoditi.

Di samping data GDP yang dikeluarkan pada Jumaat lepas, pada masa yang sama data berkaitan Balance of Payment Malaysia juga dikeluarkan.

Balance of Payment (BOP) ni bolehlah kata semua transaksi kewangan yang dibuat oleh Malaysia dengan negara lain.

Malaysia tau. Bukan kerajaan Malaysia.

Contohnya Malaysia jual minyak kepada China. Akan masuk dalam BOP. George Soros beli saham Malaysia, akan masuk dalam BOP. Warga Bangla hantar duit ke Bangladesh, pun akan masuk BOP.

So… Memang semua bendalah. Dari jual beli barang, transfer duit, melabur. Semua transaksi yang dilakukan Malaysia dengan negara lain, akan direkodkan dalam BOP.

Dan dalam BOP ni antara yang paling economist dan investor perhatikan adalah Current Account

Current Account ni senang cerita berapa banyak duit yang masuk dan keluar dari Malaysia, disebabkan real economic activity (barangan dan perkhidmatan).

Umumnya, sesebuah negara yang mempunyai Current Account surplus akan dilihat sebagai bagus. Sebab maksudnya negara tu lebih banyak menjual barangan dan perkhidmatan mereka ke negara lain, berbanding membeli dari luar.

Jadi baguslah kan, sebab maksudnya seperti duit dari luar akan terus menerus masuk ke dalam negara tu.

Dan Malaysia, kita sudah nikmati Current Account surplus yang berterusan semenjak tahun 1998.

 

Current Account Surplus Jatuh Mendadak

Tetapi semasa 2Q18, Malaysia punya current account jatuh mendadak. Tinggal sikit sangat.

Current Account kita setinggi RM15 billion semasa 1Q18. Tapi sekarang jatuh kepada RM3.9 billion sahaja.

Dan kalau terus jatuh lagi, Malaysia berisiko memasuki Current Account deficit.

Tapi kalau cuma Current Account deficit tak apa lagi. Masalahnya bila kita juga tengah mengalami fiscal deficit (perbelanjaan kerajaan tengah deficit).

Maka bila current account dan fiscal position kedua-duanya serentak deficit. Maka kita akan mengalami apa yang dipanggil sebagai ‘Twin Deficit’.

Bukan Twin Tower ye.

Sesetengah pihak memandang serious berkaitan masalah twin deficit. Ianya dipandang sebagai berisiko kepada ekonomi dan matawang negara tersebut, dan berkemungkinan menjadikan rating agency seperti Fitch, Moody’s dan S&P500 downgrade kedudukan ekonomi Malaysia.

Aku jujurnya merasakan the concern over Twin Deficit is over-rated. Seriously. Tapi masalahnya financial market ni akan respond berdasarkan sentiment. Jadi kalau semua orang merasakan Twin Deficit tanda ekonomi Malaysia akan bermasalah, maka dia memang akan jadi bermasalah disebabkan kepercayaan market.

 

So…. Apa punca current account Malaysia tiba-tiba jatuh?

Puncanya dekat dalam gambar di bawah.

Kebanyakan current account surplus kita sangat-sangat bergantung kepada dua komoditi utama.

Palm Oil dan LNG.

Dan seperti yang pernah ditulis sebelum ni, kedua-dua production dan demand untuk palm oil dan LNG sedang mengalami masalah.

Jadi sebenarnya ekonomi Malaysia tengah bergantung kat dua ni je.

Kita banyak juga eksport Petroleum mentah, tapi pada masa sama kita sangat banyak juga import Petroleum yang sudah diproses. Lebih malang lagi Petroleum mentah tu hasil bumi yang akan turun satu hari nanti. Petroleum proses itu pula akan semakin naik dengan kenaikan penduduk dan bilangan kereta di Malaysia. Trade surplus minyak mentah kita RM12.9 billion. Trade deficit minyak proses kita RM14.8 billion.

Semiconductor antara sektor penting lain untuk Malaysia. Tapi majoriti syarikat Semiconductor kat Malaysia ni banyaknya foreign company, bukan syarikat Malaysia.

Antara lain juga kita banyak export storage (hard drive, thumb drive etc). Tapi macam biasalah, ini pun banyaknya syarikat luar.

Malahan sebenarnya banyak barangan lain yang kita import dan mengalami trade deficit.

Kita import RM10 billion smartphone setahun. Dengan trade deficit RM8 billion.

Trade deficit untuk kereta RM5.4 billion. Dan trade deficit untuk komponen kereta RM7 billion. Trade deficit untuk semua jenis enjin RM3.2 billion.

Trade deficit daging RM2.2 billion. Ikan RM1.5 billion. Buah RM2.4 billion. Beras RM1.5 billion. Sayur RM3 billion. Gula RM3.8 billion.

Makanan untuk binatang pun kita deficit RM2.8 billion.

Untuk jana elektrik pun kita gunakan arang, yang deficit sebanyak RM10.5 billion.

See here?

Benda-benda yang kita surplus tu sangatlah limited ruang untuk terus naik. Sebab ianya banyak komoditi. Ada kekangan dari segi sumber bumi. Kekangan dari segi permukaan tanah. Nak spesifik lagi LNG punya global supply akan mengalami serious oversupply disebabkan Australia. Permintaan dunia untuk palm oil pulak mungkin jatuh disebabkan EU tengah pertimbang untuk ban palm oil.

Tapi yang kita deficit adalah benda-benda yang kita gunakan seharian. Makanan. Kereta. Smartphone. Makanan untuk ternakan kita. Ni tak masuk lagi bab services sector. Negatif gak situ.

Jadi sebenarnya…..

Memang tunggu masa je untuk Malaysia masuk ke dalam current account deficit. Dan dengan keadaan kewangan kerajaan sekarang, maksudnya memang tunggu masa je jugak untuk Malaysia masuk twin deficit.

 

Malaysia Perlu Hasilkan Produk Sendiri dan Jual Ke Seluruh Dunia

Kita semakin perlu untuk menghasilkan produk kita sendiri. Bukan sekadar bergantung syarikat luar datang buka kilang di Malaysia. Tetapi Malaysia sendiri yang hasilkan produk sendiri dan buka kilang di Malaysia dan dijual ke seluruh dunia.

Selain itu inisiatif juga perlu diambil untuk memastikan Malaysia mampu untuk menghasilkan makanan sendiri dengan secukupnya berbanding terus import dari luar. Tanah Sabah Sarawak kan besar lagi tu. ?

Cuma untuk inisiatif ni berjaya juga bermaksud subsidi dan bantuan dari kerajaan diperlukan. Sebab Malaysia memang tak akan mampu bersaing dari segi kos pengeluaran yang rendah di negara-negara jiran.

Tapi again, itu perlukan duit dari kerajaan yang perlu diambil dari rakyat.

.
.

Artikel ini diterbitkan semula di laman web ini dengan keizinan empunya artikel saudara Izzuddin Yussof. Sila SHARE dan LIKE jika anda suka perkongsian ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat