Ekonomi Malaysia Terburuk Sejak Krisis Kewangan Asia 1998

820

Ekonomi Malaysia dilaporkan menguncup terburuk sejak krisis kewangan negara dua dekad yang lalu, kesan daripada wabak pandemik pada suku kedua.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) merekodkan penyusutan sebanyak 17.1% berbanding 2019, terburuk sejak suku keempat 1998 iaitu 11.2%.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin meluahkan kebimbangan terhadap prestasi suku kedua yang kurang memberangsangkan susulan daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga PKP Bersyarat (PKPB) yang berlangsung selama tiga fasa untuk membendung COVID-19.

Sektor perkhidmatan mengalami penyusutan sebanyak 16.2%, pembuatan susut 18.3% dan pembinaan susut 44.5%.

Ini berbeza dengan sektor pertanian yang meningkat 7.2%.

Eksport ekonomi perdagangan menyaksikan penyusutan mendadak pada suku kedua, 21.7% berbanding 2019 ketika gangguan bekalan dunia. Perbelanjaan pengguna juga dilihat susut sebanyak 18.5% sepanjang PKP.

Walau bagaimanapun ekonomi kembali tumbuh pada hujung suku. Sektor pembuatan dan jualan telah meningkat pada Jun dan kadar pengangguran telah susut sebanyak 4.9%.

Pihak kerajaan berusaha untuk menaikkan had hutang buat kali pertama sejak 2009, menyumbang kepada rangsangan fiskal.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat