Ekonomi Negara UK Diambang Bahaya? Menteri Kewangan UK Beri Pendapat!

584

Pada hari ini, Menteri Kewangan UK telah mengeluarkan kenyataan bahawa ekonomi UK memiliki kemungkinan akan mengalami penyusutan sehingga 30% pada suku ini berikutan langkah-langkah yang diambil kerajaan seperti perintah berkurung akibat penularan Covid-19. Antara faktornya ialah jumlah kematian semakin meningkat saban hari dan hal ini menyebabkan perintah berkurung semakin sukar untuk ditarik.

Jumlah kematian COVID-19 di hospital-hospital di seluruh United Kingdom telah melepasi angka 10,000 kes kematian dan penasihat saintifik kanan kepada kerajaan mengatakan negara itu berisiko menjadi negara yang paling teruk di Eropah terkesan akibat Covid-19.

Dalam masa yang sama, kerajaan UK terpaksa berhadapan dengan kekurangan alat perlidungan untuk petugas kesihatan dan pertikaian tentang tindakan Perdana Menteri Boris Johnson yang lambat mengenakan perintah berkurung.

Setakat ini, Johnson sedang berada dalam fasa pemulihan di kediaman beliau pada hari Isnin selepas dibenarkan untuk pulang pada hari sebelumnya. Walaubagaimanapun, setakat ini, belum ada kepastian bilakah Johnson akan kembali bertugas. Pada ketika ini segala urusuan negara diuruskan oleh Menteri Luar Negeri Dominic Raab. Namun, ramai yang pertikaikan adakah penyerahan tugas sementara itu dapat dikendalikan dengan baik.

Akhbar The Times melaporkan bahawa Rishi Sunak, menteri kewangan, telah membincangkan dengan rakan sekerja bahawa Keluaran Dalam Negeri Kasar akan mengecut sebanyak 25 hingga 30 peratus antara April dan Jun.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat