Ekonomi New Zealand Terus Dipacu Perbelanjaan Domestik

75

Pertumbuhan ekonomi New Zealand meningkat dengan lebih pantas pada suku ketiga yang dipacu oleh perbelanjaan isirumah (household consumption).

Keluaran dalam negara kasar (KDNK) berkembang sebanyak 1.1% pada suku ini berbanding kajian semula pertumbuhan suku kedua 0.7%. Penganalisis dengan kiraan median (median estimate) menjangkakan peningkatan 0.8% pada suku ketiga.

Dengan peningkatan pada suku ketiga ini, ekonomi New Zealand telah berkembang selama 24 suku-tahun berturut-turut.

Dalam kiraan tahun ke tahun (year-over-year, y/y), KDNK New Zeland berkembang 3.5% berbanding suku-kedua 3.4%.

13 dari 16 industri merekodkan pertumbuhan pada suku ketiga. Perbelanjaan isirumah terus menjadi penyumbang utama dengan peningkatan 1.6%. Untuk rekod, perbelanjaan pengguna terdiri daripada 60% daripada ekonomi New Zealand.

Manakala sektor eksport dan perkhidmatan jatuh sebanyak 0.7%, import naik 1.2% berikutan permintaan tinggi peralatan pengangkutan.

Selain itu, data hari ini juga melaporkan peningkatan dalam perkhidmatan perniagaan, pengangkutan, pembuatan, dan pembinaan.

Sebelum ini, data indeks keyakinan pengguna di New Zealand juga merekodkan kenaikan dengan kiraan kewangan peribadi dan jangkaan ekonomi yang semakin baik. Data yang dikeluarkan oleh Westpac ini juga menyatakan peningkatan populasi yang tinggi, sektor pelancongan melonjak, dan penghasilan pekerjaan berterusan sebagai pendorong kepada peningkatan dalam indeks keyakinan pengguna.

Dolar New Zealand (Kiwi) terus didagangkan rendah sejurus data ini dikeluarkan. Sejak minggu lalu, kiwi susut begitu banyak berbanding US dolar berikutan The Fed menaikkan kadarnya. Ketika ini Nzd/Usd berada di paras 0.6916 semasa artikel ini ditulis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat