Ekonomi UK Akan Lebih Terkesan Jika Tiada Perjanjian Perdagangan Berbanding Impak Wabak Covid-19?

257

Goldman Sachs telah memberi amaran bahawa impak yang bakal dihadapi oleh Kesatuan Eropah akan lebih besar daripada Covid-19 jika kesepakatan perdagangan tidak dicapai.

Bank pelaburan tersebut mengatakan jika perjanjian perdagangan tidak dicapai berkemungkinan besar kemelesetan ekonomi yang dihadapi oleh UK adalah dua sehingga tiga kali lebih besar daripada keadaan UK dilanda wabak pandemik.

Kajian bank pelaburan mendapati bahawa industri yang paling teruk dilanda wabak Covid-19 seperti perniagaan rekreasi, makanan dan minuman, perniagaan borong dan beberapa sektor lain, berkemungkinan besar akan lebih terkesan dengan pengunduran UK dari EU tanpa perjanjian.

Ekonomi UK telah mencatat peningkatan sebanyak 6.6% pada bulan Julai iaitu peningkatan bulan ketiga secara berturut-turut. Walaubagaimanapun, Badan Statistik Nasional memperingatkan bahawa UK hanya baru pulih lebih dari separuh kemelesetan ekonomi akibat Covid-19.

Di samping itu, kadar pengangguran meningkat kepada 4.1% pada bulan Julai berdasarkan data yang dikeluarkan pada hari Selasa.

Anda mungkin juga berminat