Ekonomi UK Catat Pertumbuhan Sifar, Apa Dah Berlaku?

321

Ekonomi UK mengalami kelembapan pada bulan Februari dengan tiada pertumbuhan dicatatkan selepas mogok melumpuhkan perkhidmatan awam secara meluas.

Keluaran dalam negara kasar (KDNK) tidak berkembang pada bulan Februari dengan catatan sifar, meleset daripada jangkaan untuk meningkat 0.1% dan turun daripada pertumbuhan 0.4% pada Januari.

Pun begitu, bacaan itu memperlihatkan ekonomi tidak mungkin menguncup pada suku pertama, sekali gus mengurangkan risiko kemelesetan tetapi meletakkan UK dalam kelembapan yang berpanjangan.

Ini kerana, penguncupan 0.6% diperlukan untuk KDNK mencatatkan kemerosotan pada suku pertama, seperti yang diramalkan oleh Bank of England (BOE).

Sementara itu, Menteri Kewangan Jeremy Hunt mengulas kepada data yang baru diterbitkan bahawa ia menunjukkan prestasi ekonomi UK lebih kukuh daripada dijangkakan.

Angka Februari yang lemah mencerminkan impak penguncupan sektor perkhidmatan sebanyak 0.1%, yang terjejas akibat mogok oleh guru dan pekerja sektor awam lain.

Reaksi pound susulan penerbitan data ini menunjukkan mata wang itu didagangkan meningkat yang sebahagian besarnya disokong oleh dagangan US dolar yang lebih lemah.

Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat