Ekonomi US Diramalkan Kerugian $7.9 Trilion Untuk Tempoh Lebih Sedekad Lagi

414

Laporan akhbar berita Xinhua, menerusi Congressional Budget Office (CBO) menyatakan bahawa ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan kerugian sebanyak AS$7.9 trilion untuk dekad berikutnya, kesan daripada wabak pandemik Covid19.

Pengerusi CBO, Philip Swagel dalam menjawab persoalan dari Ketua Minoriti Senat, Charles Schumer, berkata pengeluaran kumulatif sebenar bagi AS dari 2020 hingga 2030 bernilai AS$7.9 trilion kurang daripada anggaran institusi pada Januari berikutan pandemik Covid19. Penurunan tersebut sebanyak 3%, mewakili kumulatif sebenar bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk dekad seterusnya.

Penutupan perniagaan dan amalan penjarakan sosial akan membataskan perbelanjaan pengguna, manakala harga tenaga yang menguncup baru-baru ini akan mengurangkan pelaburan AS dalam sektor tenaga.

Laporan tersebut turut memberi penekanan terhadap undang-undang kongres, sebahagiannya mampu mengurangkan kemerosotan ekonomi. Malah, tidak dapat dinafikan wujud ketidakpastian yang tinggi terhadap unjuran ekonomi itu terutama dari aspek penularan pandemik pada tahun ini dan tahun akan datang.

Jika berlaku perbezaan antara dasar persekutuan pada masa akan datang dengan unjuran ekonomi CBO – sebagai contoh, jika penggubal undang-undang menubuhkan undang-undang berkaitan dengan pandemik seterusnya, maka hasil ekonomi akan berbeza dengan apa yang dinyatakan di dalam laporan tersebut.

Pada Khamis lalu, Jabatan perdagangan AS melaporkan bahawa aktiviti ekonomi bagi suku pertama telah menguncup dengan kadar tahunan 5% dalam anggaran kedua, 0.2% lebih rendah berbanding anggaran terdahulu.

Melalui data yang disemak itu walau bagaimanapun masih tidak mencukupi untuk menampung kerosakan ekonomi yang disebabkan Covid19. Malah, banyak penganalisis berpendapat bahawa penurunan pada suku kedua dijangka akan jauh lebih mendalam.

Pegawai rasmi White House sebaliknya bertindak optimis terhadap ekonomi dengan menjangkakan ekonomi negara itu akan melonjak pada separuh kedua tahun ini. Pada waktu yang sama, pakar ekonomi dan pegawai kesihatan memberi amaran terhadap pembukaan semula ekonomi dengan segera akan mewujudkan gelombang jangkitan kedua, memberi kesan berlawanan dengan pemulihan ekonomi.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat