Ekonomi US Membimbangkan, Aussie Terjejas Berikutan Perkembangan Terbaru Rundingan Dagang

471

Matawang dolar USD mengalami kejatuhan nilai pada sesi pasaran New York Khamis semalam selepas laporan data jualan runcit yang dikeluarkan pada jam 9.30 malam tadi merekodkan angka penurunan tertinggi sejak 9 tahun untuk bacaan bulan Disember, memberi isyarat bahawa aktiviti ekonomi semakin bergerak perlahan pada penghujung tahun 2018.

Jabatan Perdagangan pada Khamis menyatakan data jualan runcit jatuh pad kadar 1.2%, paling tinggi sejak September 2009 ketika ekonomi negara menuju ke arah kemelesetan. Bacaa data untuk bulan November turut dikemaskini semula mencatatkan sedikit penurunan 0.1% berbanding 0.2% yang direkodkan sebelum ini.

Penurunan ketara pada bacaan data dipercayai adalah disebabkan faktor perbelanjaan pengguna yang menyumbang kepada lebih 2 per 3 ekonomi Amerika Syarikat untuk suku tahun keempat.

Namun begitu, susulan data ekonomi Amerika Syarikat dikeluarkan yang melemahkan nilai matawang dolar USD, pelabur dikejutkan pula dengan laporan berkenaan perkembangan rundingan dagang antara China dan Amerika Syarikat.

Bloomberg telah melaporkan proses rundingan dagang di Beijing dilihat tidak menunjukkan perkembangan yang positif. China cuba untuk meredakan keadaan dengan membincangkan isu barangan import, namun Amerika Syarikat ingin mengubah cara China beroperasi dan ini tidak menyenangkan pihak China.

Dengan itu, matawang USD kembali melonjak ekoran pelabur melihat isu terbaru tersebut bakal memberi kesan terhadap sentimen pasaran semasa. Namun dagangan USD kemudiannya kembali lemah ekoran tumpuan turut berkisar kepada kesihatan ekonomi Amerika Syarikat yang semakin berisiko.

Dagangan dolar AUD Australia turut menerima tempias daripada laporan rundingan dagang tersebut. Sentimen positif China pada dagangan semalam memberi kelebihan terhadap Aussie namun, laporan terbaru rundingan dagang AS-China bakal menjejaskan kembali matawang komoditi tersebut dalam pasaran semasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat