Eksklusif: Preview Penetapan Kadar Bank of England Malam Ini !

42

Selepas penetapan kadar oleh The Fed pagi tadi, kini perhatian pasaran terarah kepada penetapan kadar oleh Bank of England (Bank pusat England) pukul 8.00 malam ini. Bank of England dilihat tidak akan mengubah polisi monetari semasa dalam mesyuarat kali ini dengan kadar faedah dikekalkan di paras 0.25%.Selain itu, pendirian pihak bank pusat ini dijangka masih mengekalkan nada neutral terhadap polisi di masa hadapan dengan tiada panduan kehadapan (forward guidance) yang spesifik.

  • Kebimbangan terhadap inflasi

Dari segi inflasi UK, BoE mungkin akan menegaskan tidak akan membiarkan inflasi naik melebihi sasaran (inflation overshoot). Mungkin juga akan berlaku spiked ke atas oleh matawang Pound dan turun semula berikutan penguatan US dolar ketika ini.

Tumpuan Bank of England ketika ini adalah untuk mengimbangi antara inflasi dan pertumbuhan ekonomi.

Menurut Monetary Policy Committee (MPC), jika pihak mereka tergesa-gesa untuk mencapai sasaran inflasi 2% akan memberikan impak negatif kepada potensi pengeluaran di dalam ekonomi dan akan meningkatkan pengangguran.

Peningkatan inflasi yang berterusan akan memberikan risiko kepada jangkaan peningkatan inflasi. Hal ini juga akan memberikan risiko kepada penggunaan polisi yang lebih ketat di masa hadapan untuk mengawal semula inflasi.

  • Perbelanjaan pengguna terus kukuh

Pada mesyuarat November lepas, pihak bank pusat menyedari tentang keseimbangan polisi dan tiada perubahan kadar pada masa itu. Sejak mesyuarat November, data petunjuk ekonomi UK terus menunjukkan perbelanjaan pengguna yang kukuh tetapi sebaliknya berlaku dalam pengeluaran industry pada Oktober. Indeks sektor perkhidmatan lebih baik dari jangkaan tetapi ada juga tanda-tanda sektor ini kehilangan momentum.

Perbelanjaan pengguna yang kukuh akan terus menyokong ekonomi dalam jangka pendek dengan jangkaan pertumbuhan ekonomi yang kukuh. Dari segi harga pengguna, data CPI juga sedikit tinggi berbanding jangkaan dengan kadar tahunan berada di paras 1.2% berbanding 0.9% sebelum itu.

MPC akan melihat data ini secara keseluruhan yang konsisten dengan pandangan laporan inflasi pada November walaupun masih ada kebimbangan dalam struktur ekonomi yang ditunjukkan oleh aktiviti perindustrian yang masih lemah.

  • Kesimpulan

Secara keseluruhan, potensi untuk mengubah kadar semasa adalah begitu kecil dalam mesyuarat kali ini dan mungkin BoE akan mengekalkan pendirian neutral dan seimbang terhadap polisi monetari di masa hadapan. Begitu juga dengan program pembelian bon yang mungkin akan dikekalkan.

Undian dari ahli MPC hari ini mungkin akan menyokong pengekalan kadar secara majoriti iaitu 9-0-0.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat