‘Eksploitasi’, Ketua Eksekutif Xbox Skeptikal Dengan NFT Dalam Permainan Video

269

Ketika hampir seluruh dunia teruja dengan kehadiran non-fungible token (NFT) dalam permainan video, ketua eksekutif Microsoft bahagian Xbox pula sebaliknya agak skeptikal dengan kemajuan tersebut.

Jelasnya dalam temubual bersama Axios baru-baru ini:

“Terlalu banyak spekulasi dan eksperimen terhadap NFT dan kreativiti yang saya lihat pada hari ini sekadar tindakan yang mengambil kesempatan (exploitive) berbanding kepentingan hiburan.”

Kenyataan individu ini sedikit sebanyak membawa kebimbangan dalam sektor NFT, lagi-lagi sebagai salah satu kuasa besar dalam pasaran permainan atas talian, Xbox ada hak untuk membenarkan syarikat permainan dan projek NFT untuk menyertai ekosistem mereka atau tidak.

Ini menjelaskan pihak Microsoft dan Xbox tidak mahu menerima sebarang projek yang berunsurkan eksploitaisi, bimbang jika dilabel sebagai satu penipuan seperti yang dianggap golongan skeptikal.

Namun, tidak bermaksud Spencer menolak sepenuhnya idea berkaitan NFT. Cuma dia berpendapat situasi sekarang sebagai satu fasa di mana orang ramai sedang mengenal pasti dan fahamkan keunikan NFT.

Berdasarkan pemerhatian terhadap pasaran permainan video, tidak dinafikan permainan berasaskan blockchain dan berkonsepkan play-to-earn (P2E) membuka ruang era baharu dalam sektor ini.

Sebagai rekod, kebanyakan permainan NFT melibatkan konsep di mana pemain berpeluang untuk membeli atau menjual item dan tanah dalam permainan tersebut. Melalui cara inilah pemain-pemainnya peroleh keuntungan dengan pantas, terutama ketika sedang hype.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat