Ekuiti Barat Mungkin Mencanak Tapi Tidak Keadaannya Di Timur

110

Bursa tempatan bermula lemah sungguhpun pasaran ekuiti Wall Street mencatat keuntungan, dengan kebimbangan kenaikan kadar kembali selepas kejutan pengumuman Bank of Japan (BOJ) berkenaan dasar monetarinya.

Ketika pembukaan, indeks FBM KLCI bermula 0.31 mata pada 1,467.01 sebelum turun 0.77 mata pada 1,466.55 berbanding penutupan Selasa pada 1,467.32.

Di pasaran meluas, keuntungan pada 126 atasi kerugian pada 110, manakala 220 kaunter pula tidak berubah, 1,808 tidak didagangkan dan 22 digantung.

Jumlah perolehan pada 106.11 juta unit bernilai RM40.13 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, bursa tempatan bergerak seiring pasaran serantau selepas pengumuman mengejut BOJ namun terdapat kemungkinan lantunan semula apabila penjualan terhenti di Wall Street semalaman.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Maybank naik 1 sen pada RM8.71, Petronas Chemicals Group Bhd tambah 6 sen pada RM8.24 dan CIMB Group Holdings Bhd hilang 3 sen pada RM5.79 sementara Public Bank Bhd kekal pada RM4.37 dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) mendatar pada RM9.18.

Saham aktif memperlihatkan Nylex (Malaysia) Bhd naik 4.5 sen pada 36.5 sen, Opcom Holdings Bhd raih 3 sen pada 76 sen, YX Precious Metals Bhd lonjak 1.5 sen pada 25 sen sementara Industronics Bhd turun 0.5 sen pada 10.5 sen dan Jaks Resources Bhd kurang 1.5 sen pada 26.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas raih 0.26 mata pada 10,533.11, indeks FBM Emas Shariah canak 5.38 mata pada 10,646.45, indeks FBM 70 kukuh 21.35 mata pada 12,884.56, FBM ACE tambah 25.18 mata pada 5,499.51 sementara indeks FBMT 100 kurang 0.38 mata pada 10,239.84.

Segi sektor, indeks Perladangan hilang 33.57 mata pada 6,788.01, indeks Perkhidmatan Kewangan turun  17.90 mata pada 16,530.45 sementara indeks Tenaga lonjak 3.32 mata pada 786.52 dan indeks Produk serta Perkhidmatan raih 0.39 mata pada 178.12.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat