Ekuiti Global Tumbang Selepas Kesan Data Pekerjaan NFP!

208

Bacaan data pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang positif pada bulan November ‘menumbangkan’ aliran bullish pasaran aset global tatkala Federal Reserve (Fed) memberi bayangan untuk memperlahankan kenaikan kadar faedah.

Data Jabatan Buruh AS memperlihatkan bacaan NFP meningkat 263,000 berbanding unjuran 200,000 sementara purata pendapatan per jam pula meningkat 2 kali ganda berbanding angka ramalan, cukup memberikan lonjakan kepada dolar dan hasil Perbendaharaan.

Ia secara tidak langsung menekan turun ekuiti dengan niaga hadapan Dow Jones Industrial turun 0.1% sementara niaga hadapan S&P 500 dan niaga hadapan Nasdaq Composite masing-masing susut 0.2%.

Sebagai perbandingan, Dow Jones Industrial naik 0.1% sementara S&P 500 turun 0.1% dan Nasdaq Composite susut 0.2% semasa sesi Jumaat terbitan data pekerjaan.

Penyusutan tersebut berlaku beberapa hari selepas komen dovish Presiden Fed, Jerome Powell berkenaan prospek kenaikan kadar faedah yang menyaksikan aset berisiko memasuki rali untuk 2 sesi dagangan.

Dagangan pagi ini di Asia pula menyaksikan pembukaan yang agak bercampur dengan Nikkei 225 Jepun turun 01.4%, Topix susut 0.2% sementara S&P/ASX 200 Australia naik 0.29%, Kospi Korea Selatan mendatar dan Kosdaq tambah 0.44%.

Indeks meluas MSCI Asia Pasifik saham luar Jepun canak 0.21% daripada rali 3.7%, paras tertinggi 3 bulan yang dicatat minggu lepas.

Dalam pada itu, tumpuan sepanjang minggu ini akan terarah kepada data perkhidmatan PMI tinjauan ISM pada malam ini dan data indeks harga pengeluaran (PPI) yang akan diterbitkan pada Jumaat dalam menentukan keadaan ekonomi AS.

Turut menjadi perhatian pelabur di seluruh dunia adalah cash rate oleh Bank Rizab Australia (RBA) serta data keluaran dalam negara kasar (GDP) Australia serta overnight rate Bank Pusat Kanada (BOC).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat