El Salvador Rebut Peluang, Sebanyak 150 BTC Berjaya Di Tambah!

964

Pada hari ini, harga Bitcoin telah melakukan penurunan tajam dari paras tertinggi harian $48,234. Di tengah kejatuhan sebanyak 5%, El Salvador telah mengambil peluang untuk menambahkan pegangan Bitcoin (BTC). Dalam salah satu kicauan Twitter, Presiden Nayib Bukele mengumumkan bahawa mereka telah membeli 150 BTC yang bernilai $6.8 juta.

El Salvador kini telah memegang sejumlah 700 BTC dimana mereka mula membuat pembelian pada minggu kedua bulan September setelah Bitcoin secara rasmi dimasukkan sebagai tender sah. Presiden juga memberi pandangan bahawa agar para pelabur tidak panik di tengah kejatuhan harga.

El Salvador telah meluluskan rang undang-undang Bitcoin pada bulan Jun tahun ini dan menjadikannya sebagai tender sah pada 12 September. Walaubagaimanapun penggunaan BTC di negara tersebut belum dapat digunakan sepenuhnya.

El Salvador berhadapan dengan tekanan dari bank dunia dan IMF yang memberi amaran kepada negara kecil Amerika Tengah tersebut mengenai bencana ekonomi kerana penggunaan BTC dan juga menolak untuk membantu El Salvador. Di samping itu, beberapa agensi penarafan termasuk Fitch dan Moody menurunkan penilaian kredit Salvador.

Dalam masa yang sama turut terdapat pembangkangan dalam kalangan rakyat El Salvador dan tunjuk perasaan sehingga menyebabkan pembakaran mesin ATM Bitcoin. Namun Bukele berpendapat itu hanyalah kes terpencil kerana majoritinya rakyat bersetuju dengan keputusan yang diambil dan mereka menggunakan BTC untuk keperluan harian mereka. Bukele juga memaklumkan aplikasi dompet Bitcoin rasmi Chivo telah melebih setengah juta muat turun dalam masa dua minggu selepas penggunaan.

El Salvador tidak hanya mengambil langkah berani untuk menggunakan Bitcoin dalam negara tetapi juga memicu kesan Domino pada negara-negara lain yang mengalami masalah kewangan untuk beralih kepada sistem kewangan alternatif.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat