“Mesti pelabur tertanya-tanyakan bila la harga DOGE nak capai $1, agaknya lama lagi ke?”
Seorang pengguna Twitter mendedahkan bahawa laman web rasmi Tesla telah mempunyai halaman khusus yang menyediakan maklumat tentang pembayaran Dogecoin (DOGE), benda yang boleh dibeli dengan memecoin itu dan cara buat pembelian daripada syarikat tersebut.
Rentetan itu, para pelabur berpandangan Tesla serius dalam mengaplikasikan DOGE sebagai pilihan pembayaran tetapi adakah harga memecoin tersebut akan menyaksikan kenaikan pada masa hadapan?
Selain menyerlahkan pengiktirafan Tesla terhadap DOGE sebagai pilihan pembayaran yang sah, langkah tersebut juga boleh melonjakkan harga memecoin itu setelah mengintegrasikannya ke dalam ekosistem Tesla.
Sudah sedia maklum Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla dan SpaceX, Elon Musk yang menjadi penyokong tegar DOGE termasuk kripto sejak dahulu telah menyebabkan harga memecoin itu beri reaksi positif pada masa lalu.
Pada bulan April 2023, Musk menukar logo Twitter kepada DOGE kemudian mencetuskan pendakian sebanyak 16% dalam beberapa minit sahaja apabila pelabur berpusu-pusu membeli sejumlah besar memecoin tersebut.
Walaupun Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS) sering kali bertindak agresif terhadap kripto, Musk telah menggunakan Twitter untuk mempromosikan DOGE kepada 142.3 juta pengikutnya.
Setakat penulisan ini, harga menjunam sebanyak 1.88% pada paras $0.06644 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $9 bilion tetapi tetap mencatatkan kenaikan sekitar 7.46% sepanjang minggu lepas.