Elon Musk, Manusia Terkaya Dunia Akhirnya Jatuh Miskin!

85,282

‘Aduh macam mana ni, adakah ini petanda buruk?’

Elon Musk, manusia terkaya dunia yang memiliki kekayaan melebihi US$200 bilion telah menyaksikan nilainya susut ke $198.6 bilion.

Memetik sumber dari Bloomberg Billionaires Index, Musk telah kehilangan sebanyak $13.3 bilion pada Rabu 23 Februari 2022, seterusnya menandakan beliau telah kehilangan $71.7 bilion setakat tahun ini.

Menambah parah, saham Tesla turut mencatat kerugian 4 hari berturut-turut ke paras terendah sejak September semasa pasaran saham global sedang dalam momentum penurunan.

Walau bagaimanapun, Musk masih lagi kekal dalam ranking nombor 1 dunia sebagai manusia terkaya dalam Bloomberg Billionaires Index dengan nilai kekayaan sebanyak $198.6 bilion.

Sebagai makluman, Musk memperolehi nilai kekayaan sebanyak $340.4 bilion pada 4 November lalu, kemudian beliau telah kehilangan $35 bilion daripadanya selepas memaklumkan di Twitter bahawa dia akan menjual sebahagian pegangan saham Tesla.

Selain itu, beliau telah menyelesaikan satu siri jualan saham bernilai $16 bilion dan turut menyumbang $5.7 bilion sahamnya kepada badan amal.

Pada ranking ke-2, Jeff Bezos telah kehilangan $22.9 bilion dengan nilai kekayaan sebanyak $169.5 bilion, kemudian diikuti oleh Bernard Arnault yang menyusut $22.5 bilion pada $155.5 bilion dan Bill Gates di ranking ke-4 dengan nilai kekayaan sebanyak $122.4 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat