Elon Musk Punca Twitter Kerugian Sebanyak $270 Juta

317

‘Selain tekanan inflasi, isu kontroversi pun beri kesan kepada keputusan syarikat.’

Twitter Inc mencatat laporan keputusan korporat bagi suku ke-2 (2Q) yang lemah ekoran diapit isu kontroversi pemerolehan oleh jutawan Elon Musk.

Memperincikan laporan tersebut, Twitter mencatat keputusan di bawah unjuran penganalisis di mana jumlah hasil 2Q merosot $1.18 bilion berbanding $1.19 bilion tempoh sama tahun lalu sementara jangkaan ditetapkan pada $1.32 bilion.

Hasil pengiklanan Twitter pula dilihat meningkat 2% pada $1.08 bilion namun tersasar jauh daripada jangkaan penganalisis pada $1.22 bilion.

Selain itu, kerugian bersih Twitter pula mencatat $270 juta atau 35 sen sesaham berbanding keuntungan pada $65.6 juta atau 8 sen sesaham tahun lalu.

Ulas Jasmine Enberg, seorang penganalisis Insider Intelligence, Twitter kini berada dalam situasi tegang untuk meyakinkan pengiklanan bahawa perniagaan iklannya masih kukuh walaupun diapit kontroversi pemerolehan.

Dalam pada itu, setakat penulisan ini saham Twitter diniagakan baik 0.81% pada $39.84 dengan permodalan pasaran sebanyak $30.44 bilion.

Terang Dan Ives dari Wedbush Securities bahawa saham Twitter bergantung kepada potensi hasil perbicaraan.

Di sisi berbeza, pengguna aktif harian yang monetizable (boleh diwangkan)  meningkat 16% pada 237.8 juta tetapi masih di belakang jangkaan penganalisis iaitu 238.7 juta.

Menyingkap isu kontroversi Twitter, Musk sebelum ini bertindak membida syarikat dengan nilai sebanyak $44 bilion namun membatalkan hasratnya atas alasan masalah spam bot.

Rentetan itu, perbelanjaan Twitter dalam menyaman Musk mencatat jumlah $33 juta pada suku ini manakala kos berkaitan mencecah $19 juta.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat