Elon Musk ‘Si Jejari Sakti’- Ini Antara Kenyataan Kontroversi Yang Pernah Goncang Pasaran

531

‘Selepas perjumpaan Elon Musk bersama Presiden Jokowi, netizen juga harapkan pemimpin-pemimpin di Malaysia turut mencuri perhatian individu terkaya dunia itu.’

Ramai pasti tidak boleh lupa bertapa besarnya impak jari-jari Elon Musk yang menulis kenyataan di laman media sosial kegemarannya iaitu di Twitter yang hebat memberi impak dalam pasaran.

Terbaru mencuri tumpuan adalah terhadap lonjakan saham syarikat gula-gula Mayora pada minggu lalu selepas tular video Elon Musk memakan gula-gula Kopiko yang ditawarkan oleh delegasi Indonesia ketika sesi perbincangan di pejabat Tesla.

Jutawan terkaya dunia dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla itu hanya menunjukkan tanda bagus (thumbs up) dengan kedua-dua ibu jarinya sahaja, telah mendorong saham syarikat pembuatan gula-gula Kopiko Indonesia, Mayora melonjak setinggi 7.3%.

Ini bukan kali pertama Musk memperlihatkan impak pengaruh beliau kepada dunia, dengan perangai ‘gila-gilanya‘ di laman Twitter serta keputusan-keputusan spontan yang telah beberapa kali menggoncang pasaran.

Berikut adalah beberapa kesan pengaruh ciapan Musk dalam laman Twitter yang mengubah pasaran.

  • Ciapan ‘Gamestonk‘ Musk pada 26 Januari 2021 lalu telah mendorong ledakan pada saham meme GameStop sebanyak 157% pada $300.
  • Musk yang meminati aset kripto meme anjing Shiba Inu, Dogecoin (DOGE) sehingga menggelarkan dirinya ‘dogefather’, menulis ciapan ‘Dogecoin to the Moooonn‘ telah menyebabkan mata wang digital itu meledak 35%.
  • Ketika hype non-fungible token (NFT) menguasai pasaran pada Mac tahun lalu, Musk telah menyatakan hasrat untuk membenarkan pembelian produk Tesla dengan menggunakan aset kripto dan perkara itu telah mendorong pasaran mata wang digital mencanak.
  • Keputusan ‘U-turn‘ Musk yang enggan menggunakan mata wang digital kerana khuatir akan isu alam sekitar hasil perlombongan aset kripto telah menyebabkan saham Tesla merudum, selain turut menyebabkan pasaran mata wang digital jatuh.
  • Pada bulan Jun pasaran kripto kembali mencanak semula apabila Musk sekali lagi membuat keputusan ‘U-turn‘ apabila mendapati isu keselamatan alam sekitar hasil perlombongan mata wang digital boleh diselesaikan pada masa hadapan.
  • Perkenalkan Floki Inu (FLOKI), iaitu mata wang kripto yang diinspirasi oleh anjing Shiba Inu milik Musk, telah sekali lagi membuatkan pasaran mata wang digital meledak dengan nilai DOGE kembali mencanak.
  • Di bulan November Musk telah membuat satu undian di Twitter untuk menentukan sama ada beliau harus menjual 10% kepentingan Teslanya, telah mendorong saham syarikat meledak semula dari kejatuhan.
  • Pada April tahun ini pula, keputusan Musk untuk membeli Twitter telah menggoncang pasaran saham apabila saham ‘burung biru‘ mencanak, sunggupun perolehan tersebut masih belum selesai.

Ternyata kesan yang dibawa oleh pengaruh Elon Musk terhadap pasaran bukan sedikit, daripada pasaran mata wang digital kepada pasaran saham, tetapi menyeluruh dan berpotensi mengubah sentimen pelabur.

Bercerita tentang kesan individu berpengaruh dalam pasaran, selain Elon Musk, bintang bola sepak Cristiano Ronaldo juga turut mempunyai pengaruh besar dalam pasaran apabila tindakannya mengalihkan botol Coca-Cola telah menyebabkan saham syarikat jatuh.

Sungguhpun kejadian Cola-Cola itu sudah 2 tahun berlalu, kejatuhan nilai pasaran syarikat sebanyak $4 bilion hasil tindakan bersahaja Cristiano Ronaldo itu masih dikenang sebagai pengaruh yang besar dalam pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat