Harga Bitcoin telah jatuh lebih dari 7% pada hari Jumaat yang didorong twit dari Elon Musk yang seolah-olah membawa maksud bahawa keterikatan beliau dengan matawang kripto kini telah berakhir.
Musk dan jawatan beliau sebagai pengarah eksekutif Tesla memainkan peranan penting dalam pasaran kripto sehingga setiap kali twit beliau akan mempengaruhi pasaran. Musk pada hari ini telah memuat naik twit emoji patah hati dan gambar pasangan yang sedang membincangkan perpisahan sambil meletak #Bitcoin.
#Bitcoin 💔 pic.twitter.com/lNnEfMdtJf
— Elon Musk (@elonmusk) June 4, 2021
Musk sebelum ini telah menyatakan bahawa Tesla tidak akan menjual pegangan Bitcoin mereka, namun twit beliau masih tetap menganggu pasaran. Nick Spanos, pengasas bersama ZAP Protocol, sebuah projek kripto di Switzerland, meningatkan bahawa pemain pasaran harus menjangkakan bahawa pasaran akan terus memberi reaksi jika terdapat sebarang twit dari Elon Musk.
Harga Bitcoin telah jatuh di bawah paras purata bergerak 20 hari serendah $ 36.263, dan hanya mampu catat kenaikan 2% minggu ini. Dalam masa sama telah berlakunya ‘Death Cross’ sebelum ini yang membimbangkan pasaran.
Bitcoin dan kripto lain masih lagi cuba untuk pulih dari sentimen negatif bulan lalu berikutan twit Musk sebelum ini dan berita pengetatan peraturan kripto China.
Dogecoin pula disisi lain telah jatuh lebih dari 10% pada hari Jumaat.
Segelintir penganalisis menjangkakan ada dua kemungkinan sama ada langkah ini akan menjemput lebih banyak ‘ikan paus’ baru atau penjualan besar-besaran. Pemain pasaran dinasihatkan berhati-hati dan berjaga-jaga dalam melakulan trading.