Elon Musk Tukar Kerjaya Jadi Saudagar Minyak Wangi Attar!

2,401

‘Dia punya bosan agaknya jadi kaya sampai jual minyak wangi, mungkin lepas ni boleh jual ubat kurus pulak.’

Menerusi syarikat Boring Company, Elon Musk melancarkan produk minyak wanginya sendiri yang diberi nama ‘Burnt Hair’.

Ketika melawat akaun Twitter peribadi jutawan terkaya dunia itu, terpapar pada bio beliau dengan memperkenalkan dirinya sebagai ‘Perfume Salesman’.

Dalam satu ciapannya beliau turut meminta pengguna Twitter untuk membeli minyak wangi itu bagi memudahkan proses pembelian syarikat yang bernilai $44 bilion.

Melihat laman rasmi syarikat, Burnt Hair dijual pada tanda harga $100 dan dalam tempoh beberapa jam selepas pelancarannya, Musk melaporkan sudah 10,000 botol terjual dengan membawa pulangan $1 bilion.

Umumnya, ini bukan kali pertama Musk menjual produk unik menerusi syarikat yang dimiliki beliau.

Pada 2020, beliau telah melancarkan minuman keras jenama sendiri di bawah Tesla Inc dan menjual penyembur api (flamethrowers) menerusi Boring Company semasa 2018.

Berbalik kepada produk minyak wangi tersebut, ia adalah pra-tempahan (pre-order) dan penghantaran akan mula dilakukan pada suku pertama 2023 kelak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat