Emas telah mencatatkan satu pergerakan harga ‘bullish’ pada dagangan Khamis walaupun ekonomi AS kekal berdaya tahan selepas angka Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) mendorong mata wang USD mengukuh.
Pada jam 8.20 pagi, harga emas berada pada posisi $2,519.18 iaitu jatuh sedikit 0.09% sejak ia dibuka pada sesi dagangan Asia pagi Jumaat.
Harganya nyaris menembusi paras tertinggi sepanjang masa dengan mencapai posisi puncak harian pada $2,528.
Walau bagaimanapun, sentimen pasaran bagi XAU/USD kekal positif kerana para pelabur masih kekal fokus pada keyakinan Federal Reserve (Fed) untuk laksanakan pemotongan kadar faedah menjelang mesyuarat September.
Selain itu, Biro Analisis Ekonomi AS mendedahkan negara itu berkembang pada suku kedua 2024 melebihi keluaran awal dan ini menaikkan Deflator Indeks Harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) untuk lebih menyerlah.
Jabatan Buruh AS pula mendedahkan bahawa jangkaan angka pengangguran dikurangkan dan ini merupakan potensi kelegaan buat Fed untuk segera lakukan pelonggaran dasar dengan tenang.
Pada 8.30 malam hari Jumaat, tolok inflasi pilihan Fed iaitu teras Indeks Harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) bakal diterbitkan dan ia dijangka meningkat 10% lebih tinggi menurut konsensus.