Emas Ada ‘Plan’ Untuk Meroket? Pasaran Nantikan Jawapan Fed

1,261

Emas didagangkan terus meningkat di tengah-tengah krisis Timur Tengah yang semakin memuncak apabila Presiden AS, Joe Biden berjanji untuk membalas dendam di atas serangan dron udara yang mengorbankan beberapa tentera AS berhampiran timur laut Jordan.

Komoditi kuning itu kini masih bertahan pada paras sejak awal minggu berada pada nilai $2,034.41 iaitu turun sedikit pada pembukaan pagi tadi sebanyak 0.12%.

Walau bagaimanapun, harga emas mampu bertukar arah kerana pasaran menantikan keputusan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) yang akan diumumkan pada jam 3 pagi Khamis esok.

Buat masa ini, para pelabur melihat Fed kekal pendirian kadar faedahnya dalam anggaran 5.25% hingga 5.50% di saat tekanan berlaku ke atas nilai mata wang dolar AS.

Pasaran akan memberi tumpuan kepada jawapan pembuat dasar Fed dalam memulakan kempen penurunan kadar faedahnya nanti.

Fed masih belum yakin berkenaan kadar inflasi asas akan kembali pulih kepada 2% disebabkan oleh permintaan buruh yang kukuh, kadar jualan runcit yang positif dan prospek ekonomi yang optimistik secara keseluruhan.

Untuk minggu ini, para pelabur akan kekal sibuk kerana pelbagai petunjuk ekonomi dari AS yang berisiko tinggi diterbitkan.

Antaranya ialah laporan pekerjaan ADP pada hari ini sebelum pengumuman dasar Fed, PMI Pembuatan Institut Pengurusan Bekalan (ISM) pada Khamis dan data Nonfarm Payrolls (NFP) pada hari Jumaat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat