Emas Akan Melonjak Lagi?

1,824

Harga emas kembali merosot pada hari Rabu setelah mencatat lonjakan terbesarnya dalam tempoh dua bulan pada sesi dagangan Selasa di tengah-tengah hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang meningkat semula dan sekali gus mendorong kenaikan US dolar.

Menjelang pembukaan sesi Eropah, spot emas sedikit susut di sekitar harga $1,710 per auns, sementara niaga hadapan emas pula turun pada $1,707 per auns (2.15 petang waktu Malaysia).

Terdahulu, kemerosotan dalam hasil bon AS 10 tahun telah mendorong logam berharga emas untuk memaparkan kenaikan sehingga 2% dan membawanya kembali didagangkan di atas harga $1,700.

Penyusutan ini juga telah mendorong dagangan dolar greenback lebih rendah berbanding kebanyakan matawang utama lain, dan memacu peningkatan dalam pasaran saham global.

Namun begitu, kemerosotan ini tidak bertahan lama, di mana hasil bon AS 10 tahun kembali mencatatkan kenaikan pada sesi Asia hari ini dan memacu pengukuhan buat US dolar.

Pergerakan harga mungkin berubah menjelang penerbitan data inflasi AS pada malam ini yang pastinya akan menjadi tumpuan utama pasaran, tetapi pelabur juga perlu berhati-hati kerana peningkatan inflasi juga boleh mempengaruhi kenaikan hasil bon AS.

Selain itu, Dewan Perwakilan AS akan mempertimbangkan rang undang-undang pakej rangsangan pada hari Rabu yang mana ia diharapkan akan terus diluluskan dan dibawa terus kepada Presiden Joe Biden untuk menandatanganinya menjadi undang-undang akhir minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat