Emas kekalkan kedudukan tingginya sejak Jumaat berikutan sentimen prospek kadar faedah di Amerika Syarikat yang tinggi dengan jangkaan penurunannya menjelang mesyuarat September nanti.
Tepat jam 9.30 pagi, harga emas berada pada paras $2,503.88 dengan kenaikan hambar sebanyak 0.02% sejak ia dibuka pada awal dagangan Asia hari Selasa.
Kenaikan tingginya pada Jumaat lalu merupakan satu kejutan tidak tersangka kerana sentimen pasaran menjangkakan kedudukan para pelabur akan menaturalisasi aktiviti ‘sell’ berbanding ‘buy’.
Kedudukan terkini melihat harganya untuk mengimbangi semula dengan bertindak balas dalam arah yang bertentangan.
Sejak minggu lepas, ramalan masa hadapan pemotongan kadar faedah semakin jelas selepas keluaran beberapa data yang bergerak dalam radar jangkaan.
Pelabur menetapkan harga sekurang-kurangnya 50% peluang Fed akan mengurangkan kadar faedah sebanyak 0.50% pada mesyuarat September mereka dan kini peluang kembali naik 100% dengan sekurang-kurangnya 0.25% pemotongan.
Walau bagaimanapun, logam berharga itu menyaksikan keuntungan ketara disebabkan dua faktor penting iaitu sentimen daya tahan ekonomi AS dan ketegangan geopolitik di Timur Tengah.
Nilai mata wang dolar AS yang lebih lemah turut membantu harga emas untuk terus mempasak posisi $2,500 per auns yang telah dicapai minggu lalu.