Emas Bergelut Pada Dagangan Awal Minggu

661

Emas memulakan dagangan awal minggu ini dengan tidak bermaya ketika pasaran menyambut baik perkhabaran mengenai vaksin Covid-19 yang akan mula diedarkan pada hari ini sehingga mendorong pelabur melepaskan pegangan terhadap aset safe-haven itu.

Memasuki sesi Eropah, emas diperdagangkan susut 0.3% pada $1,832 per auns, manakala niaga hadapan emas pula merosot pada $1,835 per auns.

Walaupun pasaran kini turut disokong oleh optimisme terhadap pakej rangsangan coronavirus AS, namun logam berharga ini gagal memanfaatkan peluang kenaikan berikutan keyakinan terhadap pemulihan global susulan berita positif mengenai vaksin.

Amerika Syarikat dijangka akan memulakan kempen vaksinasinya seawal hari ini, dengan harapan bahawa sekatan coronavirus di beberapa kawasan dapat segera berakhir dan pemulihan global yang lebih cepat.

Namun begitu, keyakinan terhadap langkah rangsangan AS masih menyokong dagangan komoditi emas daripada jatuh lebih rendah.

Mesyuarat polisi FOMC pada hari Khamis, akan menjadi tumpuan pasaran minggu ini di mana Federal Reserve (Fed) dijangka akan mengekalkan kadar faedah di paras terendah 0.25%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat