Emas Beri Kejutan Lagi Sekali, Tembus Paras Tertinggi $2,200 Dalam Sejarah!

1,134

Emas lakukan lonjakan pada penghujung sesi pasaran Amerika selepas Federal Reserve (Fed) memutuskan untuk mengekalkan kadar tidak berubah namun menaikkan unjuran Kadar Dana Persekutuan (FFR) untuk 2025.

Harga emas kini berada pada paras $2,193.11 iaitu naik sebanyak 0.36% sejak pembukaan dagangan hari ini.

Berdasarkan laporan FOMC awal pagi tadi, bank pusat AS telah mengekalkan kadar pada 5.25% hingga 5.50% dan mengekalkan pengurangan kunci kira-kira mereka pada kadar yang sama sejak Mei 2023.

Dalam kenyataan mereka, Fed menggariskan pengukuhan ekonomi AS dan pasaran buruh yang melangkaui jangkaan sasaran pasaran.

Mereka juga mengakui kemajuan inflasi bergerak seiring dengan situasi pasaran dan agak keliru dengan data pekerjaan kerana ia tidak lengkap.

Selain itu, mereka telah menyatakan bahawa risiko untuk mencapai sasaran sedang bergerak ke arah keseimbangan yang lebih baik dan mereka akan terus memperhatikan data-data ekonomi penting dalam membuat keputusan.

Pengerusi Fed, Jerome Powell mengulangi kenyataannya bahawa lebih banyak bukti diperlukan sebelum mengurangkan kadar faedah buat kali pertama.

Berkenaan inflasi pula, beliau berkata Fed menjangkakan ia dalam satu laluan yang kurang jelas menuju sasaran 2%. Katanya lagi, angka inflasi yang lebih tinggi daripada jangkaan pada awal tahun tidak mengubah jawapan secara meluas bahawa kenaikan harga semakin perlahan.

Melihat secara teknikal, harga XAU/USD berlegar sekitar $2,150 tidak berganjak menjelang keputusan FOMC awal pagi tadi. Kecondongan ucapan Fed yang dovish telah memaparkan satu rali kenaikan tinggi pada harga emas.

Hal itu turut membawa ia memecahkan rekod harga tertinggi sepanjang masa (ATH) hingga ke posisi $2,222 sebelum ia turun dan stabil pada paras $2,195. Pergerakan harga akan mula ditentukan selepas ia stabil di atas $2,200.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat