Emas Boleh Naik Tinggi Lagi Ke?

1,018

Ketika dolar greenback terus didagangkan lebih rendah, dagangan logam kuning diniagakan berlegar di sekitar paras harga $1,930 per auns setelah mengalami kejatuhan drastik pada Rabu.

Memasuki sesi pasaran Eropah, spot emas didagangkan meningkat pada $1,931 per auns, sementara niaga hadapan emas susut sedikit pada $1,941 per auns (jam 4.00 petang waktu Malaysia).

Ketidakpastian terhadap rundingan mengenai langkah-langkah rangsangan fiskal tambahan Amerika Syarikat terus menekan US dolar yang dilihat sebagai faktor utama yang menyokong dagangan matawang utama lain.

Selain itu, ia turut ditambah dengan kewaspadaan yang berlegar di pasaran ekuiti dan penurunan baru dalam hasil bon Perbendaharaan AS sekali gus memberi manfaat kepada dagangan logam kuning.

Di samping itu, pandangan suram daripada pembuat dasar Federal Reserve AS (Fed) yang memberi amaran terhadap pertumbuhan di negara itu mungkin tidak akan berlaku selagi Covid-19 tidak dibendung turut menyokong pergerakan emas.

Bagaimanapun, kenaikan yang diraih agak terbatas disebabkan keyakinan dalam sentimen pasaran yang diangkat oleh laporan positif mengenai vaksin Covid-19 pertama di dunia oleh Rusia.

Terbaru, Presiden Vladimir Putin mengumumkan bahawa kumpulan pertama vaksin yang dikenali sebagai Sputnik-V akan siap untuk beberapa kegunaan perubatan dalam tempoh dua minggu lagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat