Emas Diam Tak Berkutik Lepas Inflasi AS, Apa Kes?

685

Harga emas sedikit berubah pada hari Rabu selepas pelabur diperlihatkan dengan bacaan data inflasi Amerika Syarikat.

Pada sesi Asia, logam kuning itu didagangkan pada sekitar harga $1,903 per auns, manakala niaga hadapan emas pula susut pada $1,908 per auns.

Emas hanya memberikan sedikit reaksi terhadap keluaran data indeks harga pengguna (CPI) AS yang menepati jangkaan untuk meningkat 6% tahun ke tahun pada bulan Februari daripada 6.4% sebelumnya.

Rentetan daripada data tersebut, pasaran meletakkan jangkaan bahawa Federal Reserve (Fed) akan meningkatkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas atau membiarkannya tidak berubah.

Pun begitu, pelabur akan tetap memberi tumpuan kepada data inflasi pengeluar (PPI) dan jualan runcit AS pada sesi New York hari ini untuk petunjuk lebih jelas mengenai dasar Fed.

Logam berharga itu kini masih mendapat sokongan untuk didagangkan lebih tinggi daripada kebimbangan pasaran terhadap ketidaktentuan yang berlegar tentang krisis perbankan di AS.

Dalam pada itu, hasil bon AS 10 tahun mencatat lantunan semula kepada 3.67% daripada kejatuhan parah yang dicatatkan pada awal minggu, menyaksikannya susut pada 3.45%.

Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom sertai komuniti kami. Klik di sini untuk join.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat