Emas menuju lebih bawah ke paras $2,600 buat kali pertama sejak pertengahan September berikutan pengukuhan mata wang dolar AS mencecah paras tertinggi enam bulan.
Pada jam 9.30 pagi, harga emas berada pada paras $2,607.86 iaitu memulih 0.36% sejak ia dibuka pada awal dagangan Rabu di sesi Asia.
Buat masa ini, sentimen pelabur masuk menghadam kemenangan Donald Trump dengan melihat ke arah mandat mengenai dasar penurunan cukai, tarif antarabangsa dan memerangi pendatang haram.
Pada hari Selasa, pelantikan baharu Mike Waltz sebagai Penasihat Keselamatan Negara dan Marco Rubio sebagai Setiausaha Negara baharu mencetuskan pendirian baharu bahawa tindakan AS dalam mengenakan tarif gergasi ke atas China akan berlaku.
Sementara itu, pasaran meramalkan Fed akan kurang dovish dengan menaikan terminal kepada sekitar 3.99% berdasarkan laporan Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT).
CME FedWatch menunjukkan bahawa kemungkinan untuk pemotongan kadar faedah peratusan suku mata pada mesyuarat Disember 2024 telah diturunkan daripada 65% kepada 58% dan terus menurun.
Menurut ulasan Majlis Emas Sedunia (WGC) November 2024, logam tradisional itu tidak menghasilkan kerugian yang terkumpul akibat aliran keluar daripada ETF Emas.
Katanya lagi, risiko politik menyebabkan harga emas terdedah kepada kejatuhan apabila selera pelabur beralih kepada dolar AS dan pengukuhan hasil bon AS juga mungkin bakal menjejaskan prospek Bullion.