Emas Hambar Sejak Awal Minggu, Kenapa Kejap Naik Kejap Turun?

988

Ketika ini, harga emas didagangkan pada julat yang agak sempit dalam beberapa hari ini di antara $2,020 hingga $2,030 sejak awal minggu.

Jangkaan untuk berlakunya pemotongan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) telah dianjak ke bulan Mei nanti disebabkan data ekonomi AS terbaru yang kukuh dan dalam keadaan baik.

Ia juga diperkukuhkan lagi dengan peningkatan baru dalam hasil bon Perbendaharaan AS yang menjadi faktor utama sebagai penghalang bagi logam kuning untuk bangkit.

Namun, pasaran masih kekal terkawal berikutan risiko peningkatan ketegangan geopolitik di Timur Tengah yang cenderung menyokong harga emas untuk lebih stabil.

Tambahan pula, kejatuhan sederhana Dolar AS (USD) ke paras terendah minggu ini turut dipengaruhi oleh kenaikan Yen Jepun selepas kenyataan monetari oleh Bank of Japan (BoJ).

Para trader kini lebih suka menunggu laporan makro utama minggu ini iaitu PMI global pada hari ini, KDNK suku keempat AS dan Indeks Harga PCE Teras pada hujung minggu ini.

Selain itu, keputusan mesyuarat dasar oleh Bank Pusat Eropah (ECB) yang dinanti-nantikan pada Khamis mungkin menimbulkan sedikit ketidaktentuan dalam pasaran dan memberikan sedikit dorongan kepada harga emas.

Semalam, Indeks Pengilangan Richmond dan hasil bon AS sama-sama membantu dolar AS untuk naik di saat sentimen risiko yang meluas dalam pasaran.

Walau bagaimanapun, latar belakang asas yang bercampur-campur memerlukan beberapa langkah berhati-hati sebelum meletakkan pertaruhan arah agresif pada pasangan XAU/USD.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat