Emas Hitam Melonjak Di Sesi Asia – Ini Puncanya!

386

Sesi pasaran Asia memperlihatkan lonjakan dalam dagangan komoditi hitam yang disokong oleh kenyataan pengeluar yang dikendalikan Arab Saudi mengenai jangkaan bahawa permintaan akan meningkat.

Penanda aras minyak mentah WTI Amerika Syarikat menokok 51 sen kepada $41.73 setong, manakala dagangan minyak mentah Brent naik 41 sen kepada $44.81 setong.

Terbaru, Saudi Aramco melaporkan penurunan sebanyak 73% keuntungan pada suku kedua selepas harga minyak jatuh disebabkan krisis pandemik Covid-19.

Walau bagaimanapun, Ketua Eksekutif Saudi Aramco, Amin Nasser memberitahu pada Ahad bahawa permintaan minyak berkemungkinan akan meningkat di Asia berikutan sekatan telah mula dilonggarkan secara beransur-ansur di rantau itu.

Hal ini dapat dilihat daripada permintaan bahan bakar dari China yang telah menunjukkan permintaan di tahap pra-Covid-19, dan ini meningkatkan lagi jangkaan bahawa pasaran Asia juga sedang menuju ke arah itu.

Selain itu, kenaikan harga minyak juga dipacu oleh rancangan Iraq untuk memotong pengeluaran sebanyak 400,000 tong sehari pada bulan Ogos dan September untuk menebus kembali komitmen yang dimungkiri 3 bulan lalu dalam perjanjian OPEC untuk mengurangkan pengeluaran.

Dalam pada itu, dagangan emas hitam turut disokong oleh kenyataan Speaker Dewan Perwakilan AS, Nancy Pelosi dan Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin bahawa mereka akan memulakan semula rundingan mengenai pakej rangsangan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat