Emas Hitam Tertekan! Impak Dari Tindakan Arab Saudi Masih Terasa

270

Harga minyak terus dalam tekanan selepas penurunan yang dicatatkan sebelum ini berikutan pengumuman Arab Saudi yang menurunkan harga jualan rasmi minyak mentah ke Asia.

Pada sesi Asia, harga minyak didagangkan bercampur-campur, dengan niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat pada $72.50 setong.

Sementara dagangan WTI Amerika Syarikat pula susut pada $69.15 setong.

Kebimbangan terhadap permintaan minyak mentah kembali meningkat selepas Saudi Aramco mengumumkan penurunan harga untuk semua gred minyak yang dijual kepada Asia, sekurang-kurangnya $1 setong.

Pemotongan harga yang ketara itu, menandakan penggunaan dari pengimport utama dunia terus lemah berikutan langkah sekatan yang berterusan di Asia ekoran kes jangkitan Covid-19 yang terus meningkat.

Bagaimanapun, harga meraih sedikit sokongan untuk kembali stabil pada hari ini selepas terdapat laporan yang mengatakan lebih 80% pengeluaran minyak di Teluk Mexico masih ditutup selepas dilanda Taufan Ida.

Ini meringankan sedikit kekhuatiran pasaran terhadap penawaran minyak di AS. Syarikat tenaga masih bergelut untuk memulakan semula pengeluaran selepas taufan tersebut merosakkan platform dan menyebabkan gangguan bekalan elektrik di darat.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat