Keuntungan emas berkurangan pada hari Jumaat selepas berundur lebih rendah dari paras tertinggi 13 bulan yang dicapainya sebelum ini.
Ketika ditutup pada sesi New York, logam kuning itu didagangkan pada sekitar harga $2,007 per auns, manakala niaga hadapan emas pula lebih rendah pada $2,023 per auns.
Terdahulu, laporan tuntutan pengangguran Amerika Syarikat menunjukkan pertamabahan yang melebihi jangkaan pada minggu lalu.
Ini secara tidak langsung menambahkan lagi kesuraman untuk jangkaan bacaan NFP pada malam ini, lebih-lebih lagi setelah diperlihatkan dengan beberapa data ekonomi lain yang suram terutamanya laporan pekerjaan ADP.
Pun begitu, pelabur tidak dapat melihat reaksi harga emas pada hari ini berikutan penutupan pasaran komoditi termasuk minyak mentah sempena cuti Good Friday.
Ini menjawab persoalan kepada carta harga emas dan minyak yang dilihat tidak berubah pada sesi dagangan Asia hari ini.
Oleh itu, pelabur akan menantikan pembukaan dagangan minggu hadapan untuk melihat reaksi harga emas terhadap data NFP yang diterbitkan.
Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.