Emas Jatuh Dari Paras Tertinggi Dua Bulan Lalu, Risiko Pasaran Sedikit Reda

69

Harga emas jatuh selepas mencapai paras tertinggi dua bulan lalu pada Isnin berikutan krisis geopolitik yang semakin reda selepas komen pegawai-pegawai pentadbiran Trump.

Kebimbangan terhadap krisis ini semakin pudar apabila Menteri Pertahanan US, Jim Mattis dan Menteri Dalam Negeri, Rex Tillerson berkata pada Ahad bahawa pentadbiran Trump akan membuat resolusi diplomatik dengan Pyongyang.

Pengarah CIA, Mike Pompeo dan penasihat keselamatan McMaster juga berkata tiada petunjuk yang membawa kepada tercetusnya peperangan dengan korea Utara.

Niaga pasaran hadapan emas di Comex menunjukkan emas jatuh 0.58% kepada $1,286.44 setakat pukul 7.46 malam. Komoditi berharga ini naik ke paras tertinggi 6 Jun $1,298.10 dalam sesi dagangan sebelum ini pada Jumaat.

Selain daripada itu, pemain pasaran ketika ini menumpukan perhatian kepada data-data ekonomi minggu ini termasuk, jualan runcit US pada Selasa bagi mendapatkan isyarat terbaru kepada pengetatan kadar faedah The Fed.

Bagi komoditi yang lain, dagangan hadapan perak di Comex turut menunjukkan kejatuhan 0.66% setakat ini.

Harga hadapan tembaga pula jatuh 0.69% selepas data pengeluaran industri China meleset daripada jangkaan pada Julai.

Peristiwa dan laporan ekonomi berisiko akan terus diteliti sepanjang minggu ini termasuk risiko geopolitik Korea Utara dan minit mesyuarat FOMC pada Khamis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat