Emas Kekal Melebihi Paras $2,000, Laporan PBOC & Minit FOMC Tumpuan Minggu Ini!

611

Dagangan emas kekal berada di atas paras $2,000 semasa sesi awal dagangan Asia pada pagi tadi (Isnin) selepas harga dilihat meningkat pada penutup minggu lalu.

Data ekonomi AS menunjukkan kadar inflasi yang terhad daripada jangkaan dan mendorong pasaran untuk melihat kembali jawapan Federal Reserve (Fed) berkenaan ramalan pemotongan kadar faedah pada Jun.

Harga emas kini berada pada paras $2,018.37 iaitu naik sebanyak 0.24% berbanding ia ditutup pada $2,013.21 pada Jumaat lepas. Ini merupakan kenaikan untuk tiga kali berturut-turut sejak Khamis di mana ia menjunam ke paras sokongan bawah iaitu $1,984.97.

Pada Jumaat lepas, Indeks Harga Pengeluar (PPI) untuk Januari meningkat 0.3% daripada penurunan 0.1% pada bulan Disember. Ia merupakan peningkatan terbesar sejak Ogos 2023.

Pada asas tahunan pula, IHPR meningkat sebanyak 0.9% daripada kenaikan 1.0% dalam bacaan sebelumnya. Sementara itu, data Permulaan Perumahan AS pula jatuh -14.8% daripada 1.562 juta kepada 1.331 juta dan Permit Bangunan juga merosot sebanyak -1.5%.

Pasaran kini menjangkakan Fed bakal mengurangkan kadar faedahnya pada tahun ini walaupun ramalan pada Jun semakin menjernih. Perlu diingatkan semula, kelewatan dalam pemotongan kadar faedah mungkin akan terus merudumkan harga logam kuning tersebut.

Selain itu, Bank Rakyat China (PBOC) akan mengumumkan keputusan kadar faedah pada esok (Selasa) dan dijangka tidak akan melakukan sebarang perubahan pada dasar monetarinya.

Peserta pasaran kini akan terus memantau perkembangan dalam langkah rangsangan tambahan daripada pegawai China dalam beberapa bulan akan datang.

Antara topik penting yang menjadi tumpuan sepanjang minggu ini adalah Keputusan Kadar Faedah PBOC pada esok dan laporan Minit FOMC pada awal pagi KHamis nanti. Para pelabur XAU/USD akan mengambil petunjuk daripada data-data ini dan mencari peluang untuk meraih keuntungan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat