Emas Kembali Bangkit Ketika AS Rekod Lebih 30,000 Kes Baru Covid-19

607

Emas melonjak ke paras ketinggian satu bulan pada dagangan Isnin ketika para pelabur meningkatkan permintaan aset safe-haven berikutan lonjakan kes Covid-19 telah menambah kebimbangan terhadap kesannya kepada pemulihan ekonomi global.

Komoditi berharga itu melonjak ke tahap tertinggi sejak 18 Mei, pada $1759 per auns, sebelum didagangkan di sekitar $1747 pada awal dagangan sesi Eropah.

Niaga hadapan emas pula diniagakan di sekitar $1,758.40 per auns, setelah mencatat peningkatan sebanyak 0.7% kepada $1,764.50 pada sesi sebelumnya.

Amerika Syarikat melaporkan lebih 30,000 kes baru untuk dua hari berturut-turut pada Jumaat dan Sabtu, menjadikannya sebagai rekod harian tertinggi yang dicatatkan sejak 1 Mei, menurut data yang dikumpulkan oleh John Hopkins University.

Peningkatan kes kebanyakkannya berlaku di negeri-negeri di Selatan, Barat dan Barat Tengah, yang mana tujuh negeri merekodkan kes tertinggi pada Sabtu, termasuk Florida dan South Carolina yang memecah rekod harian tertinggi untuk tiga hari berturut-turut.

Kenaikan semula kes di AS berlaku ketika negara mula membuka semula ekonomi setelah mengenakan sekatan selama berbulan-bulan dan orang ramai juga dibenarkan kembali melakukan aktiviti normal.

Bagaimanapun, ada di antara mereka yang didapati tidak mengikuti garis panduan jarak sosial ditetapkan kerajaan dan tidak memakai topeng muka untuk menghalang daripada penyebaran virus.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) meramalkan antara 129,000 hingga 145,000 jumlah kematian dilaporkan menjelang 11 Julai. Setakat ini, lebih 2.2 juta orang di AS telah dijangkiti dan sekurang-kurangnya 119,921 kematian direkodkan.

Kebimbangan terhadap gelombang kedua coronavirus telah membantutkan selera risiko para pelabur yang kemudiannya beralih kepada tempat yang lebih selamat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat