Emas Kembali Mengganas!

1,355

Emas melonjak tinggi selepas Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell gagal memberi isyarat jelas mengenai garis masa penguran pembelian asetnya dalam ucapan di simposium Jackson Hole minggu lalu.

Pada sesi Asia hari ini, emas meningkat ke paras tertinggi tiga minggu pada 1,823 per auns, sebelum mengurangkan sedikit keuntungan untuk diniagakan di sekitar harga $1,815 per auns.

Seperti yang dilihat dalam minit mesyuarat FOMC baru-baru ini, Powell mengisyaratkan kemungkinan untuk bank pusat memulakan pengurangan pembelian bon pada akhir tahun ini.

Namun, tidak seperti yang diharapkan pelabur, Powell tidak memberitahu dengan tepat bila mereka akan melaksanakannya. Malah, beliau turut memberi indikasi bahawa pengurangan ini tidak akan membawa kenaikan kadar faedah secara langsung.

Kebimbangan mengenai varian delta yang semakin menular juga menyebabkan Powell lebih berhati-hati berbicara mengenai penarikan semula rangsangan, dengan mengatakan mereka akan menilai data akan datang dan risiko yang timbul dengan teliti.

Ini secara tidak langsung meyakinkan pelabur bahawa bank pusat AS tidak tergesa-gesa untuk mengurangkan rangsangannya di tengah pandemik Covid-19 yang kembali meningkat.

Akibatnya, US dolar menjunam ke paras terendah dua minggu berbanding pesaing utama dan seterusnya memberi sokongan untuk logam berharga ini melonjak lebih tinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat