Emas Masih Gah Berdiri Di Paras Tertinggi!

345
  • Emas kekal tinggi
  • Tumpuan Fed masih pada inflasi
  • Jangkaan kenaikan 25 atau 50 mata asas

Harga emas kekal lebih tinggi pada Khamis walaupun para penggubal dasar Federal Reserve (Fed) mengulangi komitmen mereka untuk mengekang inflasi.

Pada sesi Asia, spot emas didagangkan menguat pada paras tertinggi hampir 7 bulan pada $1,855 per auns, manakala niaga hadapan emas pula positif pada $1,861 per auns.

Minit mesyuarat terbaru Fed menunjukkan bahawa para penggubal dasar setuju untuk memperlahankan kenaikan kadar agresif pada pertemuan Disember lalu.

Ini secara tidak langsung turut mendorong jangkaan untuk kenaikan kadar yang lebih kecil akan diteruskan pada tahun ini sama ada 25 atau 50 mata asas.

Namun begitu, bank pusat itu menegaskan bahawa usaha untuk mengawal kenaikan harga masih berterusan dan kadar faedah yang tinggi akan dikekalkan untuk beberapa waktu.

Bukan itu sahaja, malah penggubal dasar juga melihat bahawa tiada pemotongan kadar akan dilaksanakan pada 2023.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat