Emas Melantun Tinggi Semula Selepas Data PPI, Inflasi Buat Fed Makin ‘Stress’

536

Logam emas mencecah paras $2,359 pada Selasa selepas data yang diumumkan oleh Jabatan Buruh AS mendedahkan bahawa laporan Indeks Harga Pengeluar (PPI) meningkat melebihi anggaran.

Namun, hasil Perbendaharaan AS merosot dan menjadi penghalang bagi kenaikan mata wang dolar AS.

Sementara itu, harga emas kini berada pada paras $2,355.85 iaitu susut sedikit sebanyak 0.10% sejak ia dibuka pada awal sesi dagangan Asia pagi tadi.

Pengerusi Fed, Jerome Powell menjadi perhatian selepas pengumuman data PPI malam tadi. Beliau mengulas bahawa jangkaan inflasi akan menurun tetapi tidak sebegitu yakin berkenaan prospek disinflasi seperti sebelum ini.

Tambahnya lagi, Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) AS dijangka berkembang sebanyak 2% atau lebih baik berikutan kekuatan pasaran buruh yang semakin kukuh.

Biro Statistik Buruh AS (BLS) mendedahkan bahawa harga yang dibayar oleh pengeluar meningkat melebihi anggaran dalam hanya satu bacaan sejajar dengan konsensus pakar ekonomi.

Hasil Perbendaharaan AS pula melonjak ke paras tertinggi harian sebanyak 4.534% sebelum ia junam semula.

Melihat dari sudut teknikal, aliran emas naik berlanjutan selepas mencatatkan kerugian pada hari Isnin walaupun ia sebelum itu nyaris mencapai paras $2,380 pada 10 Mei. Sentimen ini mampu menyempitkan julat emas dan Indeks Kekuatan Relatif (RSI) masih mengekalkan momentum kenaikan.

Rintangan pertama XAU/USD diletakkan pada paras tertinggi hujung minggu lepas pada $2,378. Jika ia mampu memecahkan halangan itu, paras psikologi seterusnya adalah $2,400 dan diikuti ke paras tertinggi sepanjang masa pada $2,431.

Jika berlaku pembalikan berkekalan di bawah paras $2,359, pasaran meletakkan paras sokongan bawah pada posisi terendah 9 Mei iaitu $2,306 diikuti dengan angka $2,300. Andai ia melepasi kawasan itu, hentian seterusnya ialah SMA 50 hari pada $2,249.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat