Emas Memasuki Dagangan ‘Thin Trading’ Hari Ini Sempena Cuti Umum Good Friday

48

Harga emas pada sesi pagi ini berlegar berhampiran 5 bulan tertinggi berbanding sesi sebelumnya disebabkan thin trading di kebanyakan negara berikutan cuti umum sempena Good Friday.

Logam ini mencatat kenaikan peratusan mingguan terbesar pada minggu ini sejak April gara-gara kelemahan US Dollar dan kebimbangan geopolitik serantau seperti Korea Utara dan Timur Tengah. Kerisauan ini juga mendorong lebih banyak pelabur beralih kepada asset yang lebih selamat seperti emas.

Harga emas dicatat stabil pada $1,287.32 satu troy ounce dan mencecah tahap tertinggi sejak awal November pada sesi sebelum ini kepada $1,288.64.

Logam ini juga mencatat keuntungan terbesar sehingga kira-kira 2.7 peratus minggu ini.

Dalam sesi ini juga, gold futures melonjak sehingga 0.9 peratus kepada $1,290.10.

Bilangan rakyat Amerika yang memfailkan tuntutan pengangguran dilaporkan menjunam minggu lepas disamping sentimen pengguna yang meningkat di AS memberi sedikit sokongan kepada Greenback.

Namun begitu, pemulihan sederhana matawang ini masih gagal memberi tekanan kepada logam berharga apabila kekal berlegar di paras tertinggi dalam sesi Asia.

Potensi Dasar Perlindungan Perdagangan Oleh AS Menambah Kebimbangan Kepada Kanada

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat