Potensi Dasar Perlindungan Perdagangan Oleh AS Menambah Kebimbangan Kepada Kanada

51

Pegawai Bank Pusat Kanada memberi amaran terhadap momentum produktiviti yang dinilai semakin melembap dan segala perubahan kepada dasar perdagangan di bawah pentadbiran Trump bakal memberi kesan negatif kepada Kanada.

Gabenor Stephen Poloz dan Timbalan Gabenor Kanan, Carolyn Wilkins bergilir-gilir memberi amaran tersebut kepada jawatankuasa senat terhadap kesan perubahan yang berpotensi melanda prospek ekonomi tersebut.

Menurut Poloz kepada jawatankuasa tersebut, ancaman perlindungan perdagangan yang diketengahkan oleh AS dijangka akan membawa kesan negatif dan memberi kejutan buat ekonomi Kanada. Tindakan ini juga menyukarkan Kanada untuk menganalisis kesan yang bakal timbul memandangkan ancaman ini akan memberi banyak kesan yang berbeza.

Poloz dan Wilkins juga menyifatkan bahawa masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan yang bakal terjadi terhadap ekonomi Kanada kesan daripada dasar ini.

Bank Pusat Kanada pada Rabu lepas meletakkan kadar faedah pada paras yang tidak berubah berikutan ketidaktentuan prospek ekonomi semasa.

Pengeksport Kanada juga akan terancam sekiranya Trump melaksanakan prospek cukai sempadan yang menyasarkan tambahan cukai kepada barangan Kanada yang dipasarkan di AS.

Menurut Wilkins, dasar ini bukan sahaja akan memberi kesan kepada permintaan malahan kepada pertumbuhan Kanada dengan agak ketara.

Namun begitu, prospek kesan tidak semestinya negatif sekiranya pengeluar Kanada dapat menyesuaikan diri dengan mempelbagaikan aktiviti di luar Amerika Syarikat contohnya mencari pasaran lain di dunia dan tidak bertumpu kepada pasaran Amerika Syarikat semata-mata.

Minggu Ini Merupakan Minggu yang Tertekan Buat Dagangan USD

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat