Minggu Ini Merupakan Minggu yang Tertekan Buat Dagangan USD

59

Matawang gergasi meneruskan junaman pada Jumaat selama hampir seminggu gara-gara ketegangan geopolitik seterusnya menggalakkan permintaan bagi matawang Yen sebagai salah satu asset safe-haven.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar didagang stabil dalam sesi ini pada 100.560, namun turun hampir 0.6 peratus sepanjang minggu ini.

Presiden Donald Trump juga berkata pada Khamis bahawa isu Korea Utara akan dipantau dengan teliti memandangkan China telah mengeluarkan gesaan untuk lebih berhati-hati terhadap spekulasi bahawa Pyongyang mungkin akan melancarkan ujian nuklear keenam dalam masa terdekat.

US Dollar meningkat sebanyak 0.6 peratus berbanding won Korea yang kini dinilai pada 1,136.5.

Menurut Kaneo Ogino, pengarah firma penyelidikan pertukaran wang asing global di Tokyo menjangkakan bahawa pasaran tidak akan bergerak banyak hari ini memandangkan kebanyakan pelabur memilih untuk menjual Dollar dalam jangka masa pendek sementara menunggu cetusan yang akan datang.

US Dollar meningkat sebanyak 0.1 peratus kepada 109.17 Yen namun telah turun hampir 1.7 peratus untuk minggu ini.

Liquidity pasaran juga agak ‘menipis’ hari ini memandangkan cuti umum sempena Good Friday yang menjadi amalan di kebanyakan dunia.

Dalam sesi ini juga, Euro melonjak sebanyak 0.1 peratus kepada $1,0617 walaupun kebimbangan terhadap keputusan pilihan raya di Perancis masih banyak mempengaruhi sentimen.

Bom Terkuat Dunia (MOAB) Dilepaskan Ke Wilayah Persembunyian ISIS Di Afghanistan

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat